top of page
Search
tylasamol1983

Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan



Adakah anda sedang mencari Contoh Terbaik Kertas Kerja Rancangan Perniagaan Untuk Pinjaman TEKUN? Jika ya, ini bermakna anda berada di tempat yang betul. Kami akan bantu anda untuk menyiapkan satu kertas kerja terbaik untuk anda membuat pinjaman perniagaan, membuka cawangan perniagaan, dan pelbagai lagi tujuan sama ada untuk belajar atau untuk perniagaan sebenar.


Lazimnya memang orang sediakan kertas kerja perniagaan ini sebab nak cari dana atau nak dapatkan projek. Namun jika diteliti, fungsi kertas rancangan perniagaan, atau business plan ini ada lebih banyak lagi. Dalam perkongsian kali ini, kita akan lihat apa lagi sebab kenapa sesebuah bisnes itu perlu ada kertas rancangan perniagaan.




Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan



Kertas rancangan perniagaan akan dapat memberikan jawapan kepada soalan tersebut. Individu yang baca kertas kerja perniagaan yang anda tulis akan dapat gambaran yang lebih jelas tentang bisnes yang anda lakukan.


Terlalu fokus untuk mengejar keuntungan sampai terlupa faktor risiko, bukanlah satu tindakan yang bijak. Apabila menulis rancangan perniagaan, kita akan mengambil kira semua faktor yang boleh memberi impak dan kesan terhadap perniagaan yang dijalankan.


Kertas kerja perniagaan yang dibina menggunakan format yang betul akan menggariskan perkara-perkara yang sepatutnya akan memberi anda gambaran sama ada perniagaan tersebut benar-benar menguntungkan atau tidak.


Setelah anda ikuti langkah yang betul untuk menulis kertas kerja perniagaan, dari situ anda boleh buat penilaian sama ada rencana tersebut perlu diteruskan atau tidak. Jangan nanti bila bisnes dah berjalan, baru anda sedar yang anda sebenarnya tak sepatutnya memulakan bisnes tersebut.


Jika anda tidak mempunyai pasukan pengurusan, anda mungkin ada pertimbangkan untuk menarik rakan kongsi untuk sama-sama menjayakan perniagaan yang anda jalankan. Mempunyai rakan kongsi bukan sahaja dapat memberi anda kepakaran, malahan anda juga dapat jimatkan kos untuk mengupah pekerja.


Apabila tidak mempunyai rancangan perniagaan yang jelas, kita mudah terikut-ikut apa yang dilakukan oleh usahawan lain dalam bidang yang sama, sedangkan kita mempunyai matlamat yang berbeza ketika ingin memulakan perniagaan tersebut.


Mempunyai rancangan perniagaan, membuatkan kita jujur dengan diri sendiri. Sekiranya prestasi perniagaan tak seperti yang diharapkan, anda boleh buat semakan, apakah perkara yang anda telah lakukan atau tidak lakukan sehingga menyebabkan anda mendapat hasil yang sedemikian.


Adakalanya cabaran-cabaran yang melanda akan menyebabkan kita terganggu dari segi emosi. Sebelum kita bertindak luar kawalan dan terlalu mengikut emosi, ada baiknya kita rujuk semula rancangan perniagaan yang pernah ditulis sebelum ini.


Jika anda berada dalam fasa untuk mencari dana atau pembiayaan bagi perniagaan yang sedang atau anda bakal jalankan, memang tak dinafikan lagi bahawa anda sememangnya perlu mempunyai kertas rancangan perniagaan. Ini bertujuan meyakinkan individu atau entiti yang bakal memberikan anda pembiayaan untuk perniagaan yang anda jalankan.


Sekiranya anda perlukan bantuan dari seorang akauntan bertauliah untuk bantu anda hasilkan kertas kerja perniagaan yang lengkap, boleh hubungi akauntan saya iaitu Pn Diyana menerusi whatsapp di talian +6011-2720 4420. 2ff7e9595c


0 views0 comments

Recent Posts

See All

dolphin emulator 64 bit apk download

Introdução Se você é fã dos jogos Nintendo GameCube e Wii, deve ter se perguntado se existe uma maneira de jogá-los em seu dispositivo...

Коментарі


bottom of page